Sunday, February 8, 2009

Karipap pusing


Selepas di goreng..


Sebelum goreng

Second attempt mama buat karipap pusing...first attempt adunan tak jd wlpun ikut resipi yg sama ni...tak cukup lama adun..jd berderai tepungnya... lagipun mama tak abis baca instruction..itula sbbnya..;D..Cara membuat karipap pusing ni sangat mudah..dan bahannya pun simple je.... Hasilnya, karipap pusing ni sangat rangup teksturnya...senang cite mmg sedaplaa... ;)
Adam n Daania pun suka...Inti karipap ni mama letak inti sardin... Akhirnya berjaya juga buat karipap...wlpun ade yg jadi coraknya ada yg tak jd..yg penting sodapppp..;) .Resipi ni diambil dr myresipi.com

Resipi Karipap Pusing

Bahan-bahan ( menghasilkan lbh kurang 60 biji )

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
  • 300 gm tepung gandum
  • ....................................
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • satu sudu kecil garam
  • air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )

Cara-cara

  1. Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  2. Karipap1
    Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  3. Karipap2
    Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  4. Karipap3
    Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  5. Karipap4
    Uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
  6. Karipap5
    Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
  7. Karipap8
    Step 4 : Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai(lihat gambar dibawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak upload gambar step seterusnya sila ke link di sini utk penerangan gambar yg lebih jelas http://www.freewebs.com/recipe2u/kuihmuih.htm
  8. Karipap10
    Step 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh golongan tikar. Ambil satu doh golong tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati2 semasa mencanai ni.. biarkan btknya lonjong )spt gambar dibawah), kemudian golong semula spt gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggolong adalah sbyk 2 kali di sini).
  9. Karipap12
    Step 6 : Doh yg telah di gulung kali kedua kemudian di potong kpd 4 bhgn. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kpd saiz doh yg telah di gulung.
  10. Karipap13
    Setelah doh di potong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian klim seperti biasa.
  11. Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.

8 comments:

youngjazari said...

Amboi sedapnya...ni uli pakai bread maker ke ni. Teringat dulu-dulu ada beli bread maker Black & Decker.
Salam to Dr. Fahmi & Family!

me said...

ni tak pki breadmaker...uli ngn tangan je..try masuk breadmkaer tak jln pulak sbb kntt yg sikit je..sbb sy buat separuh je adunan..nk try dulu jd ke tak...

Fatin Helmi said...

rajinnya fara.. fatin suka makan karipap.. tp nak buat malas.. hehe.. kan best kalu kiter berjiran.. uhuhuhu..

sanyorita said...

ish ish ish, harum semerbak karipap menusuk di kalbu i. hehehe. nampak so sedap larh!!! pandai larh fara nie...sungguh rajin! hehehe.

me said...

fatin- sy terajin sikit sbb br beli karipap cutter tu.maklumle tak reti kelim...pastu fahmi plk mmg suka kuih2 cmtu...bile crispy lagila dia suka... nmpk gaya kne buat stok n simpan frozen byk2..;)

sanyorita-adakah anda ni Ina a.k.a Farlina...hehe..silala cuba resipi tu...mmg sedapp..pastu post kat i skit..;)

quadrina said...

hi fara...bertemu lagi kat blogspot pulak.....kita penah try gak dulu buat karipap pusing pakai resepi mamafami.arman dgn imran suka tapi husband tak suka.dia suka yg ori gak.jd dah penah buat lg la....dah lama x buat karipap sebenarnya sebabnye.....malas nak mengelim.harini nak buat karipap.arman dah bising nak makan karipap.sama2la kita berkongsi resepi ye...

Fatin Helmi said...

huhu.. baru nak kata jenuh nak mengelim.. now i know ur secret.. :p (tp fatin jadi wonder.. pandai ke fatin mengelim? last buat was ages.. penah sekali je pun kot buat..) but niat di hati nak cuba buat b4 deliver baby nih.. then kalu ok nak wat stok.. frozen food.. mudahkan keje suami nak sedia makanan utk farzana.. tp tidak la karipap pusing.. kalu buat pun karipap biasa je laa.. fatin takleh lawan kerajinan fara lagi.. huhu..

me said...

quadrina- hi ima...buat jgn tak buat... bile anak2 n suami suka makan best je nak msk kan...;)

fatin-iAllah boleh tu fatin... ape salahnya klo bntuk senget2 skitkan..janji sedappp...hihi