Harini selepas baca komen k mazni dlm facebook, tiba-tiba terasa bergenang pula airmata. K Mazni dah kuanggap spt kakakku sendiri. Dia seorang yg sangat baik, sangat concern masalah kawan2, sangat suka menolong orang dan pemurah orangnya. K Mazni dan suaminya iaitu Abg Edi jugalah tempat kami kawan2 disini mengadu sebarang kemusykilan kerana mereka adalah penduduk tetap disini. Sudah tentu merekalah tempat kami rujuk jika ade apa2 masalah.
Cepat sungguh masa berlalu.. Hampir 3 tahun setengah kami di bumi Melbourne ni, pelbagai benda kupelajari. Diriku daripada tak pandai memasak, skg dah banyak ilmu masak2 yg kupelajari dpd kawan, daripada tak pandai jahit, ade inisiatif nak belajar jahit, daripada tak tau berkebun terus jadi suka berkebun dan yang paling best dapat membesarkan anak2 didepan mata (tapi ni belum habis lagi...masih jauh perjalanannya). Sangat sedih nak tinggalkan kawan2 disini..mereka dah kuanggap seperti adik beradik sendiri. Susah senang kami, kawan2 yang banyak tolong. Siapa lagilah nak tolong ketika kami jauh dari ibu bapa, keluarga dan sanak saudara. Ini yang membuatkan kami disini sangat rapat. Sudah tentu kurindu kawan2 disini yang sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama. Pejam celik tidak sampai 2 bulan kami disini. Rasa gembira ingin pulang ke tanah air tercinta tetapi sangat sedihh nak tinggalkan semua.
2 comments:
salam fara best nak balik dah..nanti balik duk mana rumah tu ke..
ye ita...itulah rumah kami...:)
Post a Comment