Sunday, June 28, 2009

Snow trip dan wedding sepupuku

Tak sabarnya nak pi snow trip beramai2 dgn kawan2 kat sini... tarikh dah tetap tapi bus belum booking... maybe dlm 50 org akan join snow trip ni.. destinasinya Mt Buller.kami dah penah pegi dulu tahun 2006...woooo sangatla lama.... masa tu ikut msian hall trip.. perjalanan 3-4 hrs..mmg sesuaila naik bus..tak yahla penat2 nak drive.... every year mmg kami akan pegi main snow tp di tempat yg berbeza... itupun sekitar Victoria saje... so ni merupakan snow trip terakhir sblm kami balik..ohhh sedihnya... dan yg plg best pegi beramai2 dengan kawan2... hmm..ntikan gambar2 yg akan diupdate nti...:)

**************************************************************************************

Baru dpt tgk gambar adik sepupuku yg kawen sabtu lepas... ni hasil tangkapan adikku.... ade 4 keping je utk tatapan kami kat melben ni..hmmm sungguh tak memuaskan...ape pun tqla adikku yg amik gambar ni...

Pengantin: Siti Nurfadzlin dan Muhammad Noramin
Tempat: Dewan Banquet, UPM
Tarikh: 27 Jun 2009


Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat..:)

Wednesday, June 24, 2009

Tiba2 kurase sedih..

Harini selepas baca komen k mazni dlm facebook, tiba-tiba terasa bergenang pula airmata. K Mazni dah kuanggap spt kakakku sendiri. Dia seorang yg sangat baik, sangat concern masalah kawan2, sangat suka menolong orang dan pemurah orangnya. K Mazni dan suaminya iaitu Abg Edi jugalah tempat kami kawan2 disini mengadu sebarang kemusykilan kerana mereka adalah penduduk tetap disini. Sudah tentu merekalah tempat kami rujuk jika ade apa2 masalah.


Dengan Nish dan K Mazni


Cepat sungguh masa berlalu.. Hampir 3 tahun setengah kami di bumi Melbourne ni, pelbagai benda kupelajari. Diriku daripada tak pandai memasak, skg dah banyak ilmu masak2 yg kupelajari dpd kawan, daripada tak pandai jahit, ade inisiatif nak belajar jahit, daripada tak tau berkebun terus jadi suka berkebun dan yang paling best dapat membesarkan anak2 didepan mata (tapi ni belum habis lagi...masih jauh perjalanannya). Sangat sedih nak tinggalkan kawan2 disini..mereka dah kuanggap seperti adik beradik sendiri. Susah senang kami, kawan2 yang banyak tolong. Siapa lagilah nak tolong ketika kami jauh dari ibu bapa, keluarga dan sanak saudara. Ini yang membuatkan kami disini sangat rapat. Sudah tentu kurindu kawan2 disini yang sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama. Pejam celik tidak sampai 2 bulan kami disini. Rasa gembira ingin pulang ke tanah air tercinta tetapi sangat sedihh nak tinggalkan semua.


Sebahagian kawan-kawanku di Melbourne

Monday, June 22, 2009

Selamat Pengantin Baru K Lin (Siti Nur Fadzlin) :)

Wah sudah berhabuk dan bersawang serta berkulat dah blog ku ini... skg sangat malas nk update kat blog sbb sumenya dah update kat FB tp gambarjela...cerita ceritinya takde... kalo kat blog boleh gak membebel... n ade jugak kawan2 tanya, napa dah lama tak update blog... setelah dikaji rasenya penyakit M dah mule menyerang..hahaha

Anyway, weekend ni sepupuku akan kawen...K. Lin..wlpun dia jauh lg muda dpdku tp dah terbiasa panggil nama tu sbb ikut gelaran yg parents dia panggil k lin ni... takpelahkan..terasa K Fara ni muda la pulakkan... ermm nmpknye tak dapat pegi la... dah brp byk sepupu yg kawen dah kami miss.... nak buat camnekan... balik ni kenala buat sesi ta'aruf...huhu. Selamat Pengantin Baru buat K Lin dan suaminya... Banyak2 bersabar dalam mengharungi ragam alam rumah tangga..kalau dulu sebelum kawen banyak yg nak dirajukkan sampai menangis2 membazir airmata jekan...nti lepas kawen barulah tau yg sebenarnye.... hehe.... akhir kata:

May All Good Things Be Yours

Your happiness begins
With your wonderful wedding day.
You’ll share everything together;
Through it all, your love will stay.
Congratulations to you,
As you begin your happy life.
May all good things be yours,
As new husband and new wife.
By Joanna Fuchs