Sunday, April 19, 2009

Adam baca buku



Video ni diambil pagi td... sblm Adam pegi skool..mama saje nk test Adam boleh tak baca buku Eddy Elephant ni...sbb mama ajar mlm td sblm Adam tdo. Buku ni mama pinjam dr library.. Its a first step in independent reading book.. ade 5 siri utk red series ni.. . iaitu utk vowel a,e,i,o,u.



Lepas tu adelah blue series n orange series for more complex words n sentences. Sistem yg digunakan dlm buku ni adalah perkataan yg diulang2 utk setiap pages...maybe itu cara budak2 ingat... tp mama buat kombinasi utk ajar adam baca...1) Phonics.. breaking the words ito separate sounds, then blending them together again to say the word.... (ni adalah cara membaca yg diajar oleh cikgu2 di Oz ni bg yg pergi pre-school) Since Adam masih kinder, kat skool memang takde diajar membaca or even mengenal huruf or number.. so mama kenela buat homeschool kat umh..;) 2) Vocabulary- words dpd boggle game byk membantu dan juga lain2 sumber eg bedtime story books dan signs yg ade dimana2 sahaja. Selain buku, ada juga software kat pc yg adam bole explore... ada alphabet song, a handwriting song and a story for each letter plus activities..

Friday, April 17, 2009

Nice story..

A nice story from one of my friend.

KENAPA MAHU MENJADI DOKTOR?

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”�, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“�Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“�Sebab suka tolong orang?”�, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”�, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”�, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”�, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘�Begin With the End in Mind‘�. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.



Thursday, April 16, 2009

Gambar kami ketika camping..oleh A.Din










.
Sangat suka gambar2 ni...

Tuesday, April 14, 2009

Camping trip di Queenscliff Tourist Park 4D 3N

Camping kali ni mama plan 2 months sblm tarikh bertolak. Sebabnya tarikh kami pergi ni adelah cuti good friday dan easter which is 5 days. Univ pun tutup on that day dan skool pun cuti for 2 weeks. So kesempatan itu, mama telah plan 1 trip utk family dan kawan2 lain bercamping since masih lagi dlm musim autumn. so takle sejuk sgt n takla panas sgt. Seramai 4 family yg pergi iaitu K Mazni n family, k liza n family, kami dan haneem,ina n hajar.





Day 1 (10 april 2009)

Bertolak dr rumah @ 10am. Destinasi pertama ke Werribee Mansion Park. Perjalanan mengambil masa 30 min act, tp sebab jam dan ade plk jalan yg tutup hampir 1 hr baru sampai ke destinasi. Yg kelakarnya, sbb ikut GPS yg FREE kan, jadinya GPS tu membawa kami ke Shawdox Winery..hahaha kelakar... restoran wine...jadinya kami masukla jugak sbb nak tanya kat mane pintu masuk Werribee Mansion Park tu... so alang2 dah masuk restoran wine tukan, kami pun posingle beramai2... hahaha... cam org jakunnnsss...





Then kami terus ke Werribee Mansion PArk...



Punyela byk kereta parking disitu... since haritu Good Friday, Cadbury ade buat easter egg picnic dlm mansion park tu. Nak masuk park tu kene bayar. Kami pun dengan beg lunch yg berbeg2 menapak dr car park yg sgt jauh...fuhhh berattt ok!



Sampai kat pintu gate mansion park utk beli tiket, kami diberitahu tiket SOLD OUT!!!! wattt????!!! sedihh gileer.... Dalam tu ade 6000 org rupanya...patutlah kan...Apelah poyosss org yg jaga car park tu tak bgtau awal2 kan... hmm... jdnya kami posing depan sign board werribee mansion park tu jela...



and suddenly Fahmi bgtau ade Victoria Rose Garden kat sebelah tu..ape lagi kami serbu masuk dan picnic lunch kat situ... banyak sangat bunga rose yg cantik2,warna warni dan sangat harum baunya. Ape lagi posing sakanla kan..hehehe..




















Dah penat posing kat Victoria Rose Garden, kitaorg terus ke Queenscliff Tourist Park.Perjalanan mengambil masa 1 jam. Check in @ 3pm



Pasang tent masing-masing











Day 2 (11 April 2009)

Lepas bfast, jalan2 @ Queenscliff town..spt biasa ladies mencari souvenir gift kat infomation centre.. then lunch kat Citizens Park.. Lepas lunch, plan nk masuk Fort Queenscliff Museum tp dah tutup plk utk tour @1pm..kne tunggu nxt tour @3pm.. disbbkan lama lg,kami decide balik ke campsite dan solat zuhur. Seterusnya, kami ke beach yg berhadapan ngn kawasan campsite... kanak2 mandi manda dan main air..n ade juga xtvt sukaneka...eg isi air laut dlm botol guna span-family kami menang, tiup tepung dan ambil gula-Family A.Edi menang dan Prison Break-KAMI menang..game prison break ni yg plg best utk acara pasangan suami isteri sbb mmg ade aksi sampi tertonggeng2,terguling2,terduduk2 sbb nak buka ikatan tali tanpa mengunting/memotongnya...hahaha..mmg best... malangnya takde gambar kat beach, coz kami lupa bawa kamera...aissseyy...n way, kawan2 lain sila tag gambar2 d beach..tq!. Xtvt malam, lepas dinner, masing2 tdokan kids dulu, dan xtvtnya main UNO dan Wolf n villager.. Ina sbg narrator yg memperkenalkan game wolf n villager ni.. dlm game ni sume org kene berlakon dan masing2 dgn aksi masing2.. sgt best!!! n kami sume tdo @ 12pm..

Bfast bersama-sama



Depan Information centre



Fort Queenscliff Museum





Day 3 (12 April 2009)

Spt biasa lepas bfast, destinasi pertama ialah Point Londsdale Market.. kami ingatkan mcm carboot sale tu tp lebih mcm pasar tani kat msia tu..hahaha.. so pusing2la kat market tu.Then, kami ke Point Londsdale Beach... mcm biasalah..baru jalan skit dah berenti makan...so kitaorg lunch kat situ... pas makan, g Rip View Lookout..amik gambar.. Destinasi seterusnya, ke Queenscliff Discovery Centre..malang sungguh nasib kami..tempat yg kammi nk pergi asik tutup je...sbbnya easter hol kan.. then kami pusing area depan Marine Discovery Centre tu..ade yg main takraw.. dan tak sangka tgh kami bergambar ade train Thomas lalu..ape lg posingla kejap... hehe...then kami balik semula ke campsite..haha.. sbbnya Fahmi n A.Din nk g fishing..kire xtvt bebasla...cam biasa kanak2 akan tgk movie n ladies pulak tak sudah2 masak n makan... hahaha.. lebih kurang 1 jam setengah para nelayan balik membawa hasil tangkapan...hahaha... adela 5 ketul ika sardin kut..itupun ade org bagi..act itu adalah utk umpan...kekekeke...camne nak dpt ikan, pegi fishing kat tepi jetty je... xtvt ptg plk, ke beach dan sambung main games.. disbbkan sgt windy dan sgtla sejuk,kanak2 tak bole mandi laut.. kat beach xtvt kitaorg, main kite yg terbang hanya sekejap tp berpusing2 dan rebah ke bumi je lebih..haha..then main lari dlm plastik smph-Family kami menang, tutup mata sambil cr bapa-Family A.Edi menang, mak balut anak jd mummy-Family kami menang dan yg plg kelakar ialah tutup mata suami cr isteri. ini memang nak tergolek2 ketawa melihat aksi suami yg kena pusing sebanyak 10x dulu smbil jari menyentuh pasir... jadinya berlaga2lah punggung dgn kepala masing2...hahaha.. ni kene letak video dr k liza ni...hahaha.. then disbbkan dah nak senja n hari mule gelap ade 2lagi xtvt tak sempat dijalankan...tp mmg seronok sgtt.... mlm plk, lepas dinner xtvt menyampakan hadiah...ketiga-Family A.Edi, kedua-Family k liza dan Kami adalah JUARA...hahaha..best2!!!! selepas tdokan anak2 sume, xtvt biasa iaitu main wolf dan villager lg... smpila kul 12pm br kami tdo....

Sebelum bertolak ke Pt Londsdale Market



Point Londsdale Market



Picnic lunch @ Point Londsdale Beach



Rip View Lookout



Depan Marine Discovery Centre


Ade plk Thomas Train lalu..



Kanak2 tgk movie



Activity petang



Balut anak jd mummy..-Kami menang


Lari dlm plastik sampah- Kami Menang



Tak boleh mandi sbb sangat windy..Daania pulak main pasir.. abis satu baju



Di waktu senja





JUARA-Family Fahmi/Fara






Day 4 (Last day 13 April 2009)

Kami check out @1030am..patutnya @10am..then amik gambar ramai2 kat depan pintu masuk Queenscliff Tourist Park..destinasi seterusnya ialah ke Sorento dgn menaiki feri.. perjalanan ke Sorento mengambil masa 40 min.. smpi sorrento kami menuju ke Rye Pier dan lunch disitu sblm menuju pulang ke rumah masing2. Pengalaman camping kali ni memang sangat best dan mungkin ia adalah kali terakhir camping kami sekuarga di sini..huhuh sedih2... 4 hari 3 mlm berlalu dgn sekjap je...kawan2 semua sgt sporting.. 5 star to Haneem, Ina n Hajar yg menganjurkan xtvt sukaneka.... sangat best!!!!! plg tak dapat dilupakan riak wajah masing2 bile main wolf n villager esp A.Edi yg merayu2 meminta percayala dirinya...hahaha..dan aksi para bapa dlm games mencari isteri sambil matanya ditutp...kenangan terindah yg tak dpt kami lupakan dan akan kami kenang selamanya...;)

Thanx for the sweet memories..